Cari di Sini

Rabu, 15 Juli 2015

Sirr Al Asrar: Penutup


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Pengembara di atas jalan kepada kebenaran mestilah mempunyai kebijaksanaan, kefahaman dan pengertian yang mendalam akan fitnah sesuatu. Ini semua merupakan kelayakan awal yang perlu dimilikinya.

Sirr Al Asrar: Para Pengikut Jalan Ruhani


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Orang-orang yang mengikuti jalan kerohanian terbahagi kepada dua bahagian atau golongan. Golongan pertama ialah yang termasuk ke dalam kumpulan Sunnis; mereka yang mengikuti peraturan Quran dan amalan serta peraturan yang berasal daripada kelakuan dan perbuatan Rasulullah s.a.w.

Sirr Al Asrar: Mimpi-mimpi


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa.

Sirr Al Asrar: Doa dan Zikir Terkait Jalan Suluk


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Sesiapa yang memilih untuk memisahkan dirinya daripada dunia supaya dia dapat menghampiri Allah hendaklah tahu ibadat-ibadat seperti doa dan zikir yang sesuai untuk tujuan tersebut. Melakukan ibadat tersebut memerlukan suasana yang suci dan sebaik-baiknya berada di dalam keadaan berpuasa.

Sirr Al Asrar: Pengasingan Diri dari Dunia dengan Khalwat dan Suluk


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Khalwat dan suluk harus dilihat secara zahir dan batin. Khalwat zahir ialah apabila seseorang mengambil keputusan untuk memisahkan dirinya daripada dunia, memencilkan dirinya di dalam satu ruang yang terpisah daripada orang ramai supaya manusia dan makhluk di dalam dunia selamat daripada kelakuan dan kewujudannya yang tidak diingini.

Sirr Al Asrar: Menyaksikan Al Haq Melalui Suasana Damai yang Datang dari Pelepasan Dunia dan Zauk


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Nabi s.a.w bersabda, “Satu ilham Ilahi yang memutuskan seseorang daripada dunia ini dan kurniaan atas seseorang akan kenyataan atau cermin sifat-sifat Tuhan, menampakkan kepada seseorang keesaan Ilahi, lebih baik daripada pengalaman dunia dan akhirat”. Dan, “Orang yang tidak mengalami zauk (keghairahan) yang daripadanya menerima kenyataan makrifat Ilahi dan yang hak adalah tidak hidup”.

Sirr Al Asrar: Haji ke Makkah dan Haji Ruhani ke Hakikat Hati


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Pekerjaan hajji menurut syariat ialah mengunjungi ka’abah di Makkah. Ada beberapa syarat berhubung dengan ibadat hajji: memakai ihram – dua helai kain yang tidak berjahit menandakan pelepasan semua ikatan duniawi; memasuki Makkah dalam keadaan berwuduk; tawaf keliling ka’abah sebanyak tujuh kali tanda penyerahan sepenuhnya; lari-lari anak dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali; pergi ke Padang Arafah dan tinggal di sana sehingga matahari terbenam; bermalam di Musdalifah; melakukan korban di Mina; meminum air zamzam; melakukan sembahyang dua rakaat berhampiran dengan tempat Nabi Ibrahim a.s pernah berdiri.

Sirr Al Asrar: Puasa Syariat dan Puasa Ruhani


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Puasa syariat adalah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Puasa kerohanian selain yang demikian ditambah lagi memelihara pancaindera dan fikiran daripada perkara-perkara yang keji.

Sirr Al Asrar: Zakat


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Ada dua jenis zakat: zakat yang diajarkan oleh syariat dan zakat kerohanian yang berlainan sifatnya. Zakat yang diajarkan oleh syariat ialah mengeluarkan daripada barang-barang dalam dunia ini. Setelah ditolak jumlah tertentu yang diperuntukkan sebagai kegunaan keluarga, satu bahagian dibahagikan kepada orang miskin.

Sirr Al Asrar: Penyucian Insan Kamil, yang telah Mengasingkan Diri dan Membebaskan Diri dari Segala Urusan Dunia


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Tujuan penyucian itu ada dua jenis: Pertama untuk membolehkannya masuk kepada alam sifat-sifat Ilahi dan kedua untuk mencapai makam Zat.

Sirr Al Asrar: Tujuan Ibadah Secara Zahir dan Batin


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Lima kali sehari semalam, pada masa yang telah ditentukan, sembahyang diwajibkan kepada sekalian Muslim yang baligh dan berkuasa. Ini diperintahkan oleh Allah:
"Kerjakan sembahyang dengan tetap dan akan sembahyang yang terlebih penting". (Surah al-Baqaraah, ayat 238).

Sirr Al Asrar: Penyucian Diri


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Dua jenis penyucian: Pertama zahir, ditentukan oleh peraturan agama dan dilakukan dengan membasuh tubuh badan dengan air yang bersih. Keduanya ialah penyucian batin, diperolehi dengan menyedari kekotoran di dalam diri, menyedari dosanya dan bertaubat dengan ikhlas. Penyucian batin memerlukan perjalanan kerohanian dan dibimbing oleh guru kerohanian.

Sirr Al Asrar: Sufi


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Ada satu golongan yang dikenali sebagai sufi. Empat tafsiran diberikan kepada istilah sufi. Ada yang melihatnya pada keadaan zahir mereka memakai baju bulu yang kasar. Bulu dalam bahasa Arab ialah suf. Dari perkataan ini mereka dipanggil sufi.

Sirr Al Asrar: Kebahagiaan Karena Beramal Salih dan Kesengsaraan Karena Ingkar


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Kamu patut tahu bahawa manusia akan termasuk kepada salah satu daripada dua golongan, golongan pertama ialah yang berada dalam kedamaian, keimanan, bahagia dalam melakukan ketaatan kepada Allah, sementara golongan kedua berada dalam keadaan tidak selamat, keraguan dan kerisauan dalam keingkaran terhadap peraturan Tuhan.

Sirr Al Asrar: Tabir Cahaya dan Kegelapan


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Allah berfirman:
“Sesiapa yang buta di dunia buta juga di akhirat”. (Surah Bani Israil, ayat 72).

Bukan buta mata yang di kepala tetapi buta mata yang di hati yang menghalang seseorang daripada melihat cahaya hari akhirat. Firman Allah:
“Bukan matanya yang buta tetapi hatinya yang di dalam dada”. (Surah Hajj, ayat 46).

Sirr Al Asrar: Menyaksikan Allah-Sampai ke Maqam Melihat Kenyataan Zat yang Maha Suci


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Melihat Allah ada dua jenis: Pertama melihat sifat keindahan Allah yang sempurna secara langsung di akhirat’ dan satu lagi melihat sifat-sifat ketuhanan yang dipancarkan ke atas cermin yang jernih kepunyaan hati yang tulen di dalam kehidupan ini. Dalam hal tersebut penyaksian kelihatan sebagai penzahiran cahaya keluar daripada keindahan Allah yang sempurna dan dilihat oleh mata hati yang hakiki.
“Hati tidak menafikan apa yang dia lihat”. (Surah Najmi, ayat 11).

Sirr Al Asrar: Syarat yang Perlu untuk Zikir


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Salah satu syarat menyediakan seseorang untuk berzikir ialah berada di dalam keadaan berwuduk; basuh dan bersihkan tubuh badan dan sucikan hati. Pada peringkat permulaan, supaya zikir itu berkesan, perlulah disebut kuat-kuat akan perkataan dan ayat yang dijadikan zikir – kalimah tauhid, sifat-sifat Allah. Bila perkataan tersebut diucapkan usahakan agar kamu berada di dalam kesedaran (tidak lalai).

Sirr Al Asrar: Zikir


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Allah Yang Maha Tinggi menunjukkan jalan kepada para pencari supaya mengingati-Nya:
“Dan hendaklah kamu sebut Dia sebagaimana Dia pimpin kamu. (Surah Baqaraah, ayat 198).

Sirr Al Asrar: Kerohanian Islam dan Ahli Sufi


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Sufi adalah perkataan Arab – saf, yang bererti tulen. Alam batin sufi dipersucikan, menjadi tulen dan diterangi oleh cahaya makrifat, penyatuan dan keesaan.

Sirr Al Asrar: Taubat dan Pengajaran Melalui Perkataan


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Tahap-tahap dan peringkat-peringkat perubahan kerohanian telah pun disebut. Perlu ditegaskan bahawa setiap peringkat dicapai terutamanya dengan taubat. Bolehlah dipelajari cara bertaubat dengan orang yang mengetahui cara berbuat demikian dan yang telah sendirinya bertaubat. Taubat yang sebenar dan menyeluruh merupakan langkah pertama di dalam perjalanan.

Sirr Al Asrar: Ilmu Pengetahuan dan Perkembangan Kerohanian


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Ilmu pengetahuan zahir mengenai benda-benda yang nyata dibahagikan kepada dua belas bahagian dan ilmu pengetahuan batin juga dibahagikan kepada dua belas bahagian. Bahagian-bahagian tersebut dibahagikan di kalangan orang awam dan orang khusus, hamba-hamba Allah yang sejati, menurut kadar keupayaan dan kebolehan mereka.

Sirr Al Asrar: Tempat Roh-roh di Dalam Badan


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Tempat roh manusia, roh kehidupan, di dalam badan ialah dada. Tempat ini berhubung dengan pancaindera dan deria-deria. Urusan atau bidangnya ialah agama. Pekerjaannya ialah mentaati perintah Allah. Dengan peraturan-peraturan yang ditentukan-Nya, Allah memelihara dunia nyata ini dengan teratur dan harmoni.

Sirr Al Asrar: Penurunan Manusia ke Peringkat Rendah Paling Bawah


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Allah Yang Maha Tinggi menciptakan roh suci sebagai ciptaan yang paling sempurna, yang pertama diciptakan, di dalam alam kewujudan mutlak bagi Zat-Nya. Kemudian Dia berkehendak menghantarkannya kepada alam rendah.

Sirr Al Asrar: Manusia Kembali ke Kampung Halaman


Syaikh Abdul Qadir Al Jaelani menjelaskan,

Manusia dipandang daripada dua sudut; wujud lahiriah dan wujud rohani. Dalam segi kewujudan lahiriah keadaan kebanyakan manusia adalah berlebih kurang sahaja di antara satu sama lain. Oleh yang demikian peraturan kemanusiaan yang umum boleh digunakan untuk sekalian manusia bagi urusan lahiriah mereka. 

Sirr Al Asrar: Permulaan Penciptaan


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan,

Semoga Allah s.w.t memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukai-Nya dan Semoga kamu memperolehi keredaan-Nya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.

Sirr Al Asrar: Pengenalan


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan,

Segala puji dan puja untuk Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mengumpul segala pengetahuan di dalam Zat-Nya dan Dia jualah Pencipta segala pengetahuan dengan keabadian. Segala kewujudan bersumberkan Wujud-Nya. 

Sirr Al Asrar: Ucapan untuk Para Pembaca


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan,

Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.

Selasa, 14 Juli 2015

Futuhul Ghaib (Bagian 80 Terakhir)


Syaikh Abdul Qadir Aljaelani menjelaskan, 

Antara aku, kau dan ciptaan hanya ada Dia, sebagaimana antara langit dan bumi. Maka, jangan memandangku sebagai mereka, jangan pula memandang mereka sebagai aku.

Futuhul Ghaib (Bagian 79)


Syaikh Abdul Qadir Aljaelani menjelaskan, 

Kala sang wali menghadapi sakaratul maut, putranya, Abdul Wahab berkata kepadanya, "Apa yang mesti kulakukan sepeninggal ayah?" "Kamu mesti takut kepada-Nya, jangan takut kepada selain-Nya, jangan berharap kepada selain-Nya, dan berpasrahlah hanya kepada-Nya," jawabnya.

Futuhul Ghaib (Bagian 78)


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan, 

Ada sepuluh sifat pada salik, pemawas-diri dan peraih tujuan rohani.

1. Tidak bersumpah dengan-Nya, entah benar atau tidak, entah sengaja atau tidak. Sebab bila hal ini termapankan, dan lidah terbiasa dengannya, maka hal ini membawanya kepada suatu kedudukan, yang di dalamnya ia mampu menghentikan bersumpah dengan sengaja atau tidak.

Futuhul Ghaib (Bagian 77)


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan, 

Bersamalah dengan Allah, seolah-olah tiada ciptaan. Bersamalah dengan ciptaan seolah-olah tiada diri. Bila bersama Allah, Yang Maha kuasa lagi Maha agung, tanpa ciptaan, Dia tercapai, dan jauh dari selain-Nya.

Futuhul Ghaib (Bagian 76)


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan, 

Punyailah kekayaan, harga diri, kemiskinan dan kerendah-hatian. Wajib bagimu berendah hati dan bersungguh-sungguh terhadap Sang Pencipta. Jangan salahkan Dia, karena sarana duniawi.
Jangan kau rusak hak saudaramu karena kau dan dia adalah kawan. Berkawanlah selalu dengan para darwis, dengan rendah hati, sikap baik dan keterbukaan.

Futuhul Ghaib (Bagian 75)


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan, 

Bertakwalah kepada Allah, taatilah Dia, milikilah kesucian hati, kendali diri, kebiasaan memberikan hal-hal bermanfaat. Jauhkanlah penderitaan dan kemiskinan, jagalah kesucian rohani, bergaullah dengan sesamamu, nasehatilah kaum muda dengan kebaikan, jauhilah permusuhan dengan sahabat, jauhilah pula mereka yang salik, dan bertolong-tolonganlah dalam hal-hal agama dan dunia.

Futuhul Ghaib (Bagian 74)


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan, 

Masalah yang pertama yang patut diperhatikan oleh orang yang berakal ialah keadaan dan suasana dirinya sendiri, setelah itu barulah ia melihat atau memperhatikan seluruh makhluk dan ciptaan.

Futuhul Ghaib (Bagian 73)


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan, 

Kadang Allah memberitahu para wali-Nya, tentang kesalahan-kesalahan dan kepalsuan orang, dan pernyataan-pernyataan palsunya tentang tindakan, kata, fikiran dan tujuannya. Para waliullah dibuat amat cemburu akan Tuhannya, Nabi-Nya dan agama-Nya. Kemarahan batiniah dan kemarahan lahiriah terpacu oleh fikirannya.

Futuhul Ghaib (Bagian 72)


Syaikh Abdul Qadir Aljaelani menjelaskan, 

Ada beberapa macam orang agama yang pergi ke pasar-pasar. Ada yang terkesima, ketika melihat aneka barang di sana, dan hal ini menyebabkan kehancuran dan pencampakan mereka akan agama mereka, dan membuat mereka mengikuti hawa nafsu mereka jika Allah tidak memelihara mereka dengan kasih sayang, perlindungan dan penganugerahan kesabaran oleh-Nya untuk melawan godaan-godaan ini; dengan inilah mereka tetap selamat.

Futuhul Ghaib (Bagian 71)


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan, 

Kau tentu berada dalam salah satu dari kedua hal ini: pengupaya atau yang diupayakan. Bila kau seorang pengupaya, maka kau terbebani dan penanggung beban yang memikul segala yang sulit dan berat. Hal ini dikarenakan kau adalah seorang pengupaya.

Futuhul Ghaib (Bagian 70)


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan, 

Bagaimana baik bagimu berbangga akan kebajikanmu, padahal kau mengatakan bahwa hal ini berasal dari kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah, melalui pertolongan, daya, kehendak dan karunia-karunia-Nya?

Futuhul Ghaib (Bagian 69)

Syaikh Abdul Qadir Jaelani menjelaskan, 

Bila Allah mengabulkan dia hamba-Nya dan memberinya yang dimintanya, maksud-Nya sendiri, dengan demikian, tidak terpatahkan dan telah diketahui-Nya sebelumnya. Tapi, doa itu sesuai dengan kehendak Allah dan terjadi pada saat yang telah ditentukan-Nya.

Futuhul Ghaib (Bagian 68)


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan, 

Bila Allah mengabulkan dia hamba-Nya dan memberinya yang dimintanya, maksud-Nya sendiri, dengan demikian, tidak terpatahkan dan telah diketahui-Nya sebelumnya. Tapi, doa itu sesuai dengan kehendak Allah dan terjadi pada saat yang telah ditentukan-Nya.

Futuhul Ghaib (Bagian 67)


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan, 

Bila kau bertanya melawan dan berhasil mengatasi diri, maka Allah membangkitkannya kembali, dan ia menuntut darimu pemuasan keinginan, baik yang diharamkan maupun yang dihalalkan, hingga kau berupaya lagi mengatasi diri, sampai pahala tertulis bagimu begitu kau berupaya kembali.

Futuhul Ghaib (Bagian 66)

Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan,

Jangan berkata: "Aku tidak mau memohon sesuatu kepada Allah, sebab bila yang kumohon itu telah ditentukan bagiku, tentu akan datang kepadaku, entah diminta atau tidak. Bila hal itu bukan bagianku, Dia tidak akan memberikannya kepadaku, walau kuminta." Jangan.

Futuhul Ghaib (Bagian 65)


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan, 

Kenapa marah kepada Tuhan, karena doa-doa belum diterima? Kau katakan bahwa tidak boleh meminta kepada orang, dan diperintahkan meminta kepada-Nya, tapi permohonanmu kepada-Nya tidak dikabulkan-Nya.

Futuhul Ghaib (Bagian 64)


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan, 

Suatu hari, suatu masalah mengusik benakku Jiwaku tertekan. Kuberkata: "Aku menginginkan kematian, yang di dalamnya tiada kehidupan, dan kehidupan, yang di dalamnya tiada kematian."

Futuhul Ghaib (Bagian 63)


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan,

Ku berkata dalam mimpi: "Wahai yang menyekutukan Tuhan di dalam benak dengan diri sendiri, dalam sikap lahiriah dengan ciptaan-Nya, dan dalam tindakan dengan kedirian!" Bertanyalah seseorang di sampingku, "Pernyataan apakah ini?" "Itulah suatu pengetahuan rohani," jawabku.

Futuhul Ghaib (Bagian 62)


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan, 

Sungguh aneh, kenapa sering berkata, si fulan dekat kepada Allah, si fulan teranugerahi, si fulan menjadi kaya, si fulan menjadi miskin, si fulan senantiasa sehat, si fulan sakit, si fulan mulia, si fulan hina, si fulan terpuji, si fulan tercela, si fulan terpercaya dan si fulan tidak bisa dipercaya!

Futuhul Ghaib (Bagian 61)

Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan, 

Setiap mukmin ragu dan waspada di kala menerima sesuatu, hingga hukum membolehkannya, sebagaimana Nabi Suci bersabda:
"Sesungguhnya, si mukmin itu waspada, sedang si munafik menyambar (segala yang datang kepadanya)."

Futuhul Ghaib (Bagian 60)


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan, 

Awal kehidupan rohani berupa keterlepasan dari kedirian, keberadaan dalam arena hukum, dan kembali kepada kedirian setelah mampu menjaga hukum. Lepaslah dari kedirian, semisal makan, minum, berpakaian, menikah, tempat-tinggal, dan kecenderungan-kecenderungan dan masuklah ke dalam hukum.

Futuhul Ghaib (Bagian 59)


Syaikh Abdul Qadir AlJaelani menjelaskan, 

Jika kau ditimpa musibah, berupayalah bersabar - ini merupakan hal yang rendah - dan bersabarlah, ini merupakan hal yang lebih tinggi dari yang lain. Mintalah agar kau bisa ridha dengan takdir-Nya, bersesuaianlah dengan kehendak-Nya, dan akhirnya luruhlah di dalam kehendak-Nya; inilah keadaan para badal dan rohaniwan, orang yang tahu perihal Allah yang Maha kuasa lagi Maha agung.